Wednesday, December 24, 2008
Disebalik dirimu....Kejayaan!!
berdebar hatiku ingin mencapaimu
bagaikan tidak sabar untuk terus bersamamu..
tiap saatku mengimpikanmu
biarpun susah atau senang
panas ataupun hujan
sanggupku tempoh demi memilikimu
aku sedar siapa diriku
aku yakin aku mampu
kerana aku juga seperti insan lain
ya Allah bantulah aku untuk memilikinya
aku lemah aku kerdil di sisiMu
aku mohon petunjuknya untuk mencapainya
kau adalah sebuah kejayaan yang ku impikan selama ini
hadirmu ku tunggu
ku sanggup harungi onak dan duri demimu
kerna ku tahu tuntutan ke atas diriku untuk memilikimu
ayah dan ibuku mengharapkanku agar kau menjadi milikku
...ohh kaulah kejayaan yang ku idamkan selama ini..
terima kasih YA ALLAH kerana aku diberi kesempatan ini
kesempatan yang memberiku peluang untuk memilikinya
Monday, December 8, 2008
wedding of the year!!!
Tuesday, December 2, 2008
apa ertinya sebuah pengorbanan???
qurban?sengaja saya tuliskan pasal qurban coz tinggal seminggu lagi kita akan menyambut idul adha, idul adha mengingatkan kita tentang peristiwa nabi Ibrahim dan nabi Ismail, baginda sanggup mengorbankan segala-galanya kerana Allah, biarpun nyawa sekalipun, kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang apa yang diperintahkanNya, dan atas dasar itulah nabi Ibrahim sanggup mengorbanankan nyawa anaknya sendiri tetapi Maha Kuasa Allah, Ia telah menukarkan nabi Ismail dengan seekor kibas, itulah betapa agungnya kekuasaanNya...so kita kaitkan dengan diri kita sekarang, apakah kita sanggup mengorbankan segala-gala kerana perintah Allah? sepatutnya jawapannya adalah YA..TETAPI KENAPA ramai yang masih ragu-ragu dengan apa yang patut dia perjuangkan? masih tidak yakin apa yang ditakdirkan kepadanya? so? so..sepatutnya kita bersyukur dan bersedia untuk berkorban apa saja demi dan kerana Allah..bukan hanya memberi beribu-ribu alasan..'eh..aku xboleh buat kerja la, aku dah tak sabar dah nak balik kampung', eh..aku itu, aku ini' (saya memang xtuju kan pada sape2, hanya sekadar peringatan untuk diri saya juga sebenarnya) di sini semangat dan sebuah pengorbanan mesti disatukan agar kita tidak tewas dalam perjuangan ini..biarpun pelbagai mehnah yang datang..kekuatan itu perlu..keyakinan juga perlu...sesungguhnya kepahitan sebuah pengorbanan insya Allah menjanjikan kemanisan dalam perjuangan...ok lah..jangan lemah2 ye, kuatkan semangat..biarpun pedih dan pahit, telanlah mungkin itulah penawarnya...biarpun terbuang tetapi kita mesti masih tetap berjuang..salam idul adha
Monday, November 24, 2008
MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN
"betapa banyak urusan yang berkesudahan dgn kegembiraan padahal permulaannya terasa begitu menyedihkan"
Saturday, November 22, 2008
carilah CINTA ILAHI sebelum cinta insani
ya memang fitrah manusia ingin dicinta dan menyintai..tapi alangkah indahnya cinta jika kita meletakkan semua cinta kita hanya untuk dan kerana Iahi...ini tdak bermakna kita boleh bercinta atau bercouple sebelum berkahwin tetapi kita meletakkan cinta kita hanya sebagai ibadah kepada ALLAH, bukan kerana nafsu atau kerana trend zaman sekarang..usahlah kita gusar memikirkan siapa jodoh kita, kerana ia telah tertulis di Luh Mahfuz tapi bimbanglah andai kita tidak berjaya mengecapi manis dan lazatnya Cinta kepada Allah..kerana itulah yang hakiki...
TERIMA KASIH SAHABAT..
Monday, November 17, 2008
ADAKAH KITA JUGA BEGINI?insyaALLAH
Ketahuilah wahai mujahidku, Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apalagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justru diri ini amat bersyukur karena masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempuh siksaan Allah. Ya Tuhan Kau lindungi kami...
Biar bertahun lama, yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah. Apalah artinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...
Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuat diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahid ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan abah mereka.
Berikanku sepenuhnya sebagian hati yang kau sediakan untuk diriku, agar sebagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad. Mungkin kau heran suamiku, mengapa diri ini hanya maukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik Rabbul jalil, dan ku mohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku. Dari awal lagi sudah kudidik hati ini, bahwa dirimu, suamiku, bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku... kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.
Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, karna yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...
Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhaNya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari Rafi'ul A'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerna hilang arti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah karna gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...
Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya... biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud...
Alga oh diatom!!!
SYUKURI NIKMATNYA:)
Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah: 269 yang bermaksud " Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang ia kehendaki dan sesiapa yang dikurniakan dengan kebaikan yang banyak, dan tidaklah mendapat pengajaran
( dan peringatan ) melainkan orang-orang yang menggunakan fikirannya."
Justeru itu, kejarlah kejayaan dan burulah cita-cita kita kerana rahmat Allah s.w.t begitu luas dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Janganlah kita sentiasa mempersoalkan kenapa begitu? kenapa tak jadi begini?kenapa begini? kenapa tak jadi begitu? kenapa dan kenapa??sebenarnya kita yang sepatutnya mensyukuri apa yang kita dapat bukan kita mempersoalkan apa yang Allah s.w.t berikan kepada kita. sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 286.so???apa lagi go on la..
Friday, October 24, 2008
saat indah ku damba hingga ke syurga..amin
SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA
Wednesday, October 8, 2008
terima kasih Ya Allah..
Monday, September 8, 2008
CINTA?? APE TU???
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan. SESUNGGUHNYA cinta selepas kahwin adalah yang hakiki..cinta hanya kerana dan untuk Allah...
hidup bagai sebuah pelayaran...
apa guna kapal dibina kalau hanya untuk berlabuh?
cuba kita renung dan fikirkan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita begitu banyak...mengapa kita masih payah untuk mensyukurinya??so gunalah peluang yang kita ada untuk menunjukkan bukti kesyukuran kita kepadaNya..belayarlah menempuh badai demi sebuah pelabuhan yang indah
Monday, March 31, 2008
PERLUKAH CINTA??
Terkadang cinta perlu dipentingkan
“Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu
perhubungan, kesetiaan dan ketulusan”
Bukan sedikit orang yang menganggap remeh persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Itu silap, cinta penting lantaran ia anugerah ILAHI untuk setiap hamba-NYA. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup. Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.
Cinta itu penting, maka itu bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza. Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang, manusia betapatah lagi. Unsur-unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan meskipun pada asalnya ia menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagiaan, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.
Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkala berdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap.
Cinta boleh mencerahkan yang kedam malah kadang-kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga ada orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. Dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Dia sanggup berdepan dengan apa saja. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya.
Begitulah hebat dan berkuasanya cinta. Sayang, sesetengah orang menjadi semakin lemah oleh cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.
Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklum, namanya pun manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi apa yang didepaninya. Bersedih itu salah satu sifat semula jadi manusia, tetapi jika terlalu sedih ia mencabar tahap normal seseorang manusia.
Lihatlah kisah Laila dengan Qais dalam filem “Laila Majnun”. Setelah pinangan Qais ditolak lantaran miskin, Qais hilang ‘kejantantannya’. Saban hari dia menangis dan merindui Laila dan duduk merempat di birai masjid. Dirinya semakin tidak terurus. Apa yang terkeluar dari mulunya hanya “Laila... Laila... Lailaaaa...”
Akhirnya tampil diri Qais tidak ubah seperti seorang yang gila. Dia diejek oleh kanak-kanak, kadang-kadang ada yang membalingnya dengan batu. Masih hatinya tidak terbuka untuk membuktikan sesuatu.
Lihatlah betapa cinta boleh menjadi manusia begitu bodoh dan tolol sekali. Andainya sungguh Qais inginkan Laila, sepatutnya dia tinggalkan kampung berkenaan dan kembali dengan setimbun harta, sebab itu pun syarat yang diberikan oleh ayahanda Laila. Dengan menangis dan merayu, itu hanya meruntuhkan martabatnya sebagai seorang lelaki, yang sepatutnya kuat dan tuntas jiwa.
Cinta itu penting tetapi usah terlalu dipentingkan. Apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita. from..dr Tuah