Welcome to my blog :)

rss

Friday, February 27, 2009

Puisi Definisi

Coretan bahasa hati

(1) CAHAYA

bukan terang mentari yang menerangi jiwa tapi hanya iman yang teguh bisa menerangi jiwa dan hati yang gersang dari sinar.


(2) USAHA

Bagai mengayuh basikal di jalan yang berlumpur, bukan jalan yang lancar sebagai penanda kejayaan, tetapi semangat untuk terus mengayuh itulah rahsia sebuah kejayaan.


(3) NAFSU

Bila senang boros, bila ditimpa kesusahan harga sekeping biskut pun tidak mampu dibayar.


(4) KEJAYAAN

Harga sebuah kejayaan hari ini akan lebih mahal jika kita tahu menilai erti peritnya kegagalan semalam.


(5) DOSA

Setitik noda hitam yang bertapak dihati tidak mampu dibersih dengan air semata, tapi ia hanya mampu disucikan dengan setitis air mata keinsafan.

Wednesday, February 25, 2009

renungkan bersama..>>>>


mengorak langkah
menyusun strategi
menghadapi hidup
agar esok lebih bererti..

Monday, February 23, 2009

dulu aku bercita-cita>>>



dulu aku pernah bercita-cita nak jadi pemain badminton negara..haha..lawak betul cita-cita aku dulu..tapi ok ape..jadi pemain badminton negara yang pertama menutup aurat..hehe..tapi itu dulu..sekarang ada jg tp sekadar main2 saje..macam xsesuai la nak dijadikan kerjaya,hehe..best sgt main badminton,aku terlalu minat..hari sabtu lps aku lawan kat pusat sukan..lawak betul la aku ni,tapi ok la lepasla tension2..alhamdulillah dapat jadi johan plk2..mmg lawak la...dah la tak berlatih langsung..aku tulis kat sini bukan nak bgth aku ni pandai main badminton'xpandai pun..tapi motifnya jika benda yg kita minat kita akan sanggup buat ape sahaja..mcm aku sekarng ni la..kerja berlambak tp sibuk surve intrnt cari kerja dalam bidang penulisan la,entah ape2 la..asalnya sebab minat..tapi kdg2 bnda yg kita juga blh menyusahkan kita..so sebab tu la Allah bg yg terbaik untuk kita..supaya kita selalu bersyukur...betul x?mesti la kan...so bersyukurlah sentiasa..jgn putus asa..asal kita sanggup utk berusaha insya Allah kejayaan jg milik kita..xkira la benda yg kita minat ataupun tidak..hehe...ok so..go on la ye..

Saturday, February 21, 2009

muhasabah diriku



“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

usah merintih duhai hati:)

minat??
satu persoalan yang sedang berbicara dalam hatiku
aku sering tertanya-tanya mengapa?
mengapa aku dapat ini?
mengapa aku tidak dapat apa yang aku minat?
tapi sebenarnya wajarkah persoalan ini aku cetuskan?
wajarkah?
semestinya tidak wajar sama sekali...
aku hambaNya
aku mesti akur
aku tidak boleh berundur
aku mesti teruskan
aku yakin apa yang aku dapat adalah yang terbaik untukku..
ya aku yakin sekali..
dulu masa kecil-kecil aku selalu cakap kat mak ayah aku nak sangat g KL..
ayah aku kata xpe la..nanti g la belajar kat sana..
masa kecil2 aku selalu tgk logo um kat baju kakakku..
dan sekarang aku dah dapat belajar kat sini..kat KL..um lagi tu
aku amat bersyukur
dulu aku selalu cakap aku nak laptop, aku nak g jalan-jalan round malaysia
sekarang aku dah dapat..ya..siap ambik kos ekologi lagi tu..best tau...
walau awalnya aku tidak pernah minat biologi...
tapi biasalah belajar semua payah..
klu nak senang duduk je la..tidur2..kat rumah
ya Allah telah aturkan..yang terbaik untukku
dan aku yakin hidup perlu la bertahap
yang pipih tidak akan datang melayang
yang bulat tidak akan datang bergolek..
ya aku yakin..
kadang2 aku terfikir nak give up juga
biasala manusia...payah sikit nak give up..
ish ape la..
tapi bila aku fikir2 balik..hidup ini bertahap
kejayaan tidak akan datang bergolek..
aku mesti terus melangkah
dan sekarang aku akan terus melangkah
kerana aku tahu
masih banyak lagi visi dan misiku belum tercapai..
dulu aku selalu tengok orang konvo...
dulu aku tgk je org kahwin..
dulu aku tgk je org dapat gaji...
dulu n dulu...sekarang masih juga..
ya memang sekarang aku tidak dapat lagi semua itu...
aku kena sabar..
tidak kisah la jika umurku tidak sempat ke arah itupun
yang penting aku telah berusaha yang paling baik utk ke arah kejayaan
dan yang aku paling risau..
jika aku hanya tgk sahaja org masuk syurga nanti..
itu yang aku risau..so?
aku perlu berubah..
aku mesti berubah...
ya aku mesti berubah..
ya Allah bimbinglah aku ke jalanMU...
aku tahu kau telah aturkan yang terbaik untukku..
terima kasih mak
terima kasih ayah
terima kasih kakak dan abang2 ku
terima kasih anak2 buahku
terima kasih saudara2ku
terima kasih teman2 ku
terima kasih guru2 ku
terima kasih semua
TERIMA KASIH ya ALLAH..
aku perlu bimbinganMu
moga aku bisa ke syurgaMU
aku insan kerdil..

Friday, February 20, 2009

catatan sebelum tidur..

(1) HADIAH..
telinga tajam hadiah Tuhan buat si buta

(2) MAUT
ketika bersedia kau tak datang
ketika alpa kau pun datang

(3) PERUT LAPAR
sepotong roti lebih bererti dari hidup sepotong

(4) KEMENANGAN
kemenangan sebenarnya ialah mengaku kalah

(5) ILMU
pohon tidak berbuahkan ilmu,sekalipun tumbuh ilmu kita terpaksa memetiknya

(6) SAHABAT AKRAB
persahabatan seperti mendewasakan pokok dalam kemarau dan petir

(7) PENAWAR
semujarab mujarab formula menghadapi musuh ialah menghulur tangan

(8) MENDAKI
bukan jalan curam yang meletihkan tapi pasir di dalam kasut.

RENUNGKANLAH KATA-KATA YANG PENUH SIMBOLIK???

Wednesday, February 18, 2009

untukmu TEMAN

sabarlah wahai teman
biarpun pedih untuk kau telan..
aku pohon kau tetap tabah..
biarlah orang memusuhimu
asal kau tidak memusuhi..

pahit tidak semestinya racun
manis jua tidak semuanya madu
yang pahit kita telan bersama
agar ia mengubat jiwa yg resah
yang manis kita rasa bersama
moga ia menyemai bahagia

lupakan sengketa lama
jangan jadikan ia senjata permusuhan
jadikanlah ia sebagai guru yg setia
mengajar kita erti sebuah kehidupan

bersabarlah....
jgn biarkan air matamu
mengalir lagi..
aku ingin lihat manisnya senyumanmu:)
simpanlah air mata itu
utk saat kejayaan kita nanti..
biarlah air mata yg gugur
air mata kemenangan
bukannya lagi air mata kedukaan

butterfly!!!


hadirmu cuma seketika,
warna-warnimu memberi ketenangan,
hadirmu cuma sebentar,
namun hadirmu memberi seribu erti...
aku ingin sepertimu..
biar cuma seketika
tapi orang sangat senang akan kehadiranmu...

Monday, February 16, 2009

MOTIVASI MINDAKU


Memilih masa yang sesuai untuk bermula, selalunya sudah terlewat...so renungkanlah kerana tidak ada masa yg sesuai kerana masa yg sesuai adalah sekarang..

sebuah imiginasi.......


cahaya pelangi yang ku nanti...
setiap kali mendung tiba..
ku dambakan cahayamu pelangi

Saturday, February 14, 2009

sekuat hati....seteguh jiwa



andai hati bisa berbicara
andai jiwa mampu berkata-kata
tiada pena yang tertulis
tiada kata yang terucap

FAHRI AL HAFEEZ

namanya sehebat orangnya,"fahri oh fahri?" sahut mak kiah pada anak tunggalnya.."ye mak, ade ape?" untuk mak ape saje blh...sejuk hati ibunya mendengar jawapan anaknya.."ni mak teringin sgt nak menimang cucu, mak ni dah tua klu blh mak nak tgk cucu mak sblm mak pergi"..bergetar hati fahri mendengar luahan hati emaknya, lalu membalas dgn penuh harapan" mak..bkn fahri x nk kahwin lg, tp mak fahri belum jmpa calon yg blh dijadikan isteri". fahri merupakan seorang graduate universiti di timur tengah lulusan bidang dakwah, dia merupakan yg berjiwa pejuang..rela menghabiskn msnye demi Islam, sampaikan blm sempat mencari calon isteri, walaupun hatinya telah berbunga dengan kerlipan cinta,namun dia perlu berkorban dan pendamkn cinta itu demi dan kerana ingin yang terbaik dalam hidupnya..ramai muslimat yang mendambakan lelaki sehebat fahri.. dia seorng yg sejuk mata memandang namun fahri tidak pernah tergoda oleh panahan cinta sesiapa pun pada ketika itu, ini kerana dia lebih asyik dengan naungan CINTA ILAHI..
...................................................................................
setahun berlalu...senja petang menyapa, terlihat pantulan mentari petang yg kekuningan memancar melalui tingkap rumahnya.."mak, fahri nak cerita sesuatu pd mak,
tp fahri harap mak dapat menerima keputusan fahri, fahri buat ni pun untuk mak juga,
macam ni mak, fahri..fahri telah ada minat kat seorg muslimat ni, tp dia biasa-biasa saje, kami kenal semasa majlis hari raya hari tu, entahla mak tiba-tiba hati fahri tenang melihat wajah muslimah tu, namanya nurul syafiqah..dia graduan dari universiti kebangsaan malaysia, tapi dia bukan lulusan agama, dia berkelulusan sastera, fahri telah terjatuh cinta pada dia mak, sejak mula-mula fahri pandang dia,ada satu perasaan yg aneh dalam hati fahri mak,tp fahri mulanya tak nak layan sgt, cz fahri fikir byk lg kerja jamaah belum fahri tunaikan,tp insya Allah fahri yakin dgn pilihan fahri dan fahri akan bimbing dia mak,fahri nampak dia ade potensi dan mudah mendengar nasihat, dan dia juga nampak sopan dan manis walaupun x secantik puteri kayangan, tapi dia tetap cantik pada pandangan hati fahri,fahri juga akan jadikan dia sayap kiri perjuangan fahri mak,mak..klu mak izinkan fahri nak melamarnya bulan hadapan" jelas fahri dengan pjg lbr kpd emaknya, mak kiah dgn rasa gembiranya menerima keputusan anakknya itu,alhmdulillah...tp dlm masa yg sama syafiqah belum tahu ttg isi hati fahri..syafiqah fikir, dia hya berangan seorg diri sahaja, ternyata sangkaannya silap sekali..fahri sebenarnya telah lama terpaut hati terhadapnya..
..................................................................................
syafiqah merupakan seorng lpsn graduan yang baru sahaja mendapat kerja sebagai editor, umurnya hampir menjengah 25 tahun, dihatinya sentiasa risau bilakah dia akan bertemu jodoh, sedangkn kawan2 seangkatan dengannya telah ramai yg berkahwin..namun syafiqah yakin tentang ketentuan Ilahi, walaupun hati cemas setiap hari memikirkan nasibnya,
syafiqah tidak pernah bercouple dgn sesiapa pun begitu juga fahri,dia seorang yg ringan tulang, suka menolong orang yg memerlukan pertolongannya, tetapi corak kehidupannya sangt simple..jrg sekali mengikuti program tarbiah, namun dia gemar ke majlis2 ilmu..kdg2 ke majlis ilmu yg di sampaikan oleh fahri, berbunga hatinya bila melihat wajah tenang fahri,tapi dia cepat-cepat beristighfar kerna bimbang niatnya akn tersasar, dtg untuk menambah ilmu bukan menambah dosa, namun terdetik juga dihatinya alangkah bahgia jika aku dpt menjd isterinya..tp dia tidak pernah menaruh harapan walaupun secebis cuma pada fahri kerna dia tahu kelemahan dirinya berbanding fahri yang mantap dalam segenap perkara pada pndngannya..setiap malam dia hanya mampu berdoa agar mendapat suami yang dapat membimbingnya suatu hari nanti...
....................................................................................
sebulan telah berlalu...lembayung sinar ramadhan telah menyapa, tenang, bahagia dan damai kepada sesiapa yang merindui ramadhan.."alhamdullillah ramadhan kali ini masih milikku" bisik hati syafiqah sendiri.manakala fahri pula sibuk dengan tugas-tugas dakwahnya..syafiqah sebenarnya masih belum mengetahui apa yang tersirat di hati fahri..hari demi hari berlalu, ramadhan yang datang diisi sepenuhnya oleh syafiqah dengan amalan untuk mendekatkan diri pada Ilahi..begitu terasa di hatinya bahawa ramadhan kali ini telah membuka sinar baru dalam hidupnya, dulunya syafiqah jarang sekali ke masjid untuk solat berjemaah pada setiap waktu terutamanya solat subuh dan tarawih tetapi kini dia telah berubah, perubahan itu sebenarnya telah menjadikannya lebih tenang berbanding dulu..jika dahulu syafiqah susah untuk khatam al-quran 30 juzz tetapi kali ini..dia berjaya menghabiskan khatam beserta tafsirnya sekali, ini mungkin kerana dia bermula dari bulan rejab lagi..alhamdulillah begitu banyak perubahan pada diri syafiqah, syafiqah sendiri terasa pelik dengan perubahan dirinya tapi dia amat bersyukur akan perubahan ini...ramadhan pula telah semakin berlabuh..tibalah syawal yang dinanti untk merai sebuah kemenangan...

pada syawal yang ketiga.....tanpa disangka dan diduga..rombongan merisik dan meminangnya telah datang ke rumahnya..berdegup kencang jantungnya bila mendapat tahu bahawa rombongan itu adalah rombongan keluarga seorang lelaki yang diimpikan selama ini walaupun tiada harapan yg ditaruhkan..rombongan itu adalah fahri al-hafeez bin abdullah...
.....................................................................................

majlis pertunangan telah berlangsung dgn selamatnya..alhmdllh,tarikh pernikahan pun telah dibincangkan..tanggal 7 Oktober 2010 merupakan tarikh keramat yg ditunggu oleh syafiqah dan juga fahri,hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi..

.....................................................................................
bersambung lagi.... ke post bulan julai...

Sunday, February 8, 2009

kau mawar merah


kau sekuntum mawar...
inginku jadi sepertimu,
harum mewangi, cantik rupawan,
sukar untuk disentuh
ohh..begitu tinggi harga dirimu..
ya Allah jadikan aku bak sekuntum mawar merah..
yang harum mekar di taman larangan

aku bangga denganmu
biarpun hanya sekuntum
kau tetap berani hidup..
biarpun dirimu tidak berteman..
kau hanya ditemani daun
sebagai penyerimu
batang sebagai sokonganmu
dan duri sebagai pelindungmu..
ku fikir kau memang independent
tapi aku tahu kau jua perlukan temankan?
untuk kau teruskan perjuanganmu
cuma kau boleh hidup biarpun tanpa teman di sisi..
kau mampu menjadi kebanggaan ramai...
ingin sekali aku jadi sepertimu.....
ingin sekali aku buktikan..tapi
tapi aku tahu..
sukarku utk hidup sendirian

Saturday, February 7, 2009

biarku sendiri..tapi aku tetap bersama...

ku melangkah kaki dgn pasti
menerobos segala onak duri
biarku terasa begitu sukar tempoh ujian
akanku kuatkan hati utk tunai amanahMu

biarku sendiri tanpa teman
namun aku tetap bersama kalian
kerna bagiku
hidup utk memberi
biarpun hati terguris pilu
tapi akan ku cuba pujuk diri utk memberi
mungkin salahku jua...

aku tidak mahu bersalah sangka
aku bukannya baik sangat
aku masih banyak kekurangan
aku tidak mahu bermasam muka
hidupku hanya sementara..
mungkin esok..mungkin lusa
aku pun tidak tahu..
aku takut..
amalanku belum cukup
utkku ke syurgaMu..

aku akan cuba sayang pada semua orang
mulai saat ini
kecuali pada zionis yg kejam
dan seumpama dengannya
kerna aku takut aku tidak sempat
utkku pohon kemaafan
ya Allah ampunkn aku..

andainya ku pergi..
aku harap tiada yg menangisi
biarlah aku pergi dgn tenang..maafkanku..
ehh..apa yg aku mengarut ni??
moga sempat utkku berbudi pd ibu ayahku
pjgknlah umrku ya Allah..
maafkan aku teman2 ku..
andai ku tidak bisa menjadi sahabat
yang kalian dambakan..
tapi selagi hayatku
aku akan cuba..
biarpun hanya seketika..
biarpun hati ini pernah tercalar
dek duka luka lalu
tapi aku akanku cuba balut luka itu
dengan sekalung kemaafan
agar bisa mendapat pautan taqwa di hati
sekali lagi..
maafkanku..
bimbinglah aku..
agar kita dapat ke mercu kegemilangan...
aminnnnnnn