Welcome to my blog :)

rss

Monday, November 17, 2008

SYUKURI NIKMATNYA:)

Motivasi...satu kalimah keramat yang boleh mencetuskan semangat yang luar biasa terutamanya ketika kita derita dan hampir berputus asa, sebenarnya tiada perkataan putus asa dalam diari hidup orang yang yakin dan beriman kepada Allah, ini kerana jika kita berputus asa maka kita telah memusnahkan cita-cita kita, contohnya dalam proses kita menuntut ilmu, sifat sentiasa bermotivasi adalah menjadi aset penting untuk menuju ke mercu kejayaaan, tanpa semangat kita mungkin telah tewas sebelum kita betul-betul berjuang.
Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah: 269 yang bermaksud " Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang ia kehendaki dan sesiapa yang dikurniakan dengan kebaikan yang banyak, dan tidaklah mendapat pengajaran
( dan peringatan ) melainkan orang-orang yang menggunakan fikirannya."
Justeru itu, kejarlah kejayaan dan burulah cita-cita kita kerana rahmat Allah s.w.t begitu luas dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Janganlah kita sentiasa mempersoalkan kenapa begitu? kenapa tak jadi begini?kenapa begini? kenapa tak jadi begitu? kenapa dan kenapa??sebenarnya kita yang sepatutnya mensyukuri apa yang kita dapat bukan kita mempersoalkan apa yang Allah s.w.t berikan kepada kita. sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 286.so???apa lagi go on la..

0 comments: