Welcome to my blog :)

rss

Saturday, November 22, 2008

TERIMA KASIH SAHABAT..

alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu kerana Kau masih anugerahkanku kekuatan dan semangat walau banyaknya ujian menimpa, walaupun ketika sendirian tanpa teman, aku bersyukur ya Allah kerana nikmat hidup ini, dan aku mohon Kau kekalkanlah aku dengan keimanan biarpun aku sendiri tanpa teman(entahlah aku pun tidak mengerti)... tapi aku masih mencari sahabat yang memahami hatiku, mungkin telah kutemui tapi belum pasti mereka adalah teman di kala aku kesusahan...dan aku bersyukur kerana aku sempat dan mempunyai sahabat untuk meneruskan perjuangan ini, aku berharap agar ia kekal selamanya..aku sebenarnya tidak kisah jika teman-temanku tidak menghargaiku, tapi aku sedih jika aku tidak sempat menikmati indahnya hidup dengan sahabat sejati dunia dan akhirat, mungkin silapku juga kerana aku tidak terlebih dahulu menghargai mereka, aku juga kecewa jika aku tidak sempat membahagiakan mereka sepanjang usia pertemuan kami...tapi aku akan cuba sedaya upayaku untuk menghulurkan bantuan semampu yang boleh..dan aku tidak ingin menagih balasan pun dari mereka..ya Allah rahmatilah hidupku dan jua sahabatku..aku menyayangi mereka dan sangat menghargai mereka..tapi aku tidak ingin menyusahkan mereka...terima kasih sahabatku..kuharap kita bisa mengecapi keindahan hidup bersama lagi di akhirat sana..maafkanku andai pernah menghiris hatimu sahabatku..aku bahagia punyai teman seperti kalian...

0 comments: