Welcome to my blog :)

rss

Monday, July 20, 2009

YANG LALU, BIARLAH IA BERLALU

Tajuk ini cukup simbolik dan mungkin menjadi sumber inspirasi kepada setiap pembacanya, sebenarnya tajuk ini saya petik dari sebuah buku yang telah banyak memulihkan kembali semangat mereka yang dalam kesedihan dan mungkin dapat kita kongsi bersama ..Alhamdulillah, siapa yang tidak tahu mengenai buku yang bertajuk “LAA TAHZAN”.
Mengingati kehidupan kita masa lalu dan menghadirkannya kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih atas apa yang telah berlaku merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Hal ini samalah ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang kita untuk terus melangkah.
Bagi orang berfikir dan berakal, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali kecuali sekadar untuk dijadikan iktibar dan sempadan. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan terus mengganggu perjalanan hidup kita lagi. Ini kerana walaubagaimanapun , peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan…wallahua’lam

0 comments: