Welcome to my blog :)

rss

Sunday, July 19, 2009

Saatnya cinta itu berbunga..

FAHRI AL-HAFEEZ …..
Kisah ini saya sambung kembali setelah berbulan-bulan saya tidak mencoretkan sambungannya…bagi yang tak pernah baca lagi boleh ke post saya pada bulan 2..tq:)
Deraian cinta yang meresap di jiwa insan yang diikat oleh tali pertunangan memerlukan keteguhan hati dan iman yang mantap, bagi Fahri dan Syafiqah masing-masing mempunyai pegangan yang teguh bahawa pertunangan bukanlah jalan untuk bermadu kasih, tetapi hanya sekadar pengikat janji untuk lafaz akad yang bakal dimatrikan pada tarikh yang ditetapkan kelak.
Syafiqah yang kini sedang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku di ibu Negara selama lebih kurang 7 bulan dan menetap di Kota Damansara, manakala Fahri pula sebagai penceramah bebas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Fahri juga sedang menyiapkan hasil kajiannya dalam bidang dakwah dan perbandingan agama untuk dianugerahkan ijazah sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia setelah memperoleh ijazah sarjana muda di Universiti Al- Azhar, Mesir. Walaupun mereka tinggal dalam jarak yang agak dekat namun mereka tidak pernah berjumpa atau ber’datting’ bersama, malahan mereka juga tidak pernah bermesej kecuali ada perkara penting, bagi mereka bertunang bukanlah tiket untuk mereka melakukan sesuatu sesuka hati.
Syafiqah masih teringat sewaktu di zaman pengajiannya di universiti dahulu, sewaktu kawan-kawan sedang asyik bercinta dia pula sedang asyik dengan tugasan dan kegiatan ko-kurikulum yang disertainya. Kadang-kadang terdetik juga dihatinya untuk seperti kawan-kawannya, keluar dengan teman lelaki pada hujung minggu, makan bersama, bergayut ditengah malam di waktu rakan-rakan sebilik sedang nyenyak tidur. Namun semua itu berjaya ditepisnya demi sebuah cinta suci yang tidak akan disalut noda walau sedikitpun, dia juga sedar bahawa fitrah hatinya tidak sabar untuk merasai alam rumahtangga, tetapi demi sebuah cita-cita segalanya ditabahkan dan dipendamkan sahaja, sehingga dirinya dilamar oleh seorang lelaki yang diidam oleh setiap wanita, dialah Fahri al-Hafeez, wah.. indah sungguh namanya seindah orangnya juga, lelaki yang bertubuh sederhana, mirip Fahrin Ahmad pelakon terkenal masa kini. Namun paras rupa bukan menjadi ukuran kepada Syafiqah, baginya cukuplah jika bakal suaminya itu mencintainya dan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhaiNya. Sewaktu di alam pengajian dia juga bimbang jika dirinya tidak dapat merasai nikmatnya alam perkahwinan namun segala kerisauannya itu telah terubat dengan hadirnya Fahri dalam hidupnya, dia juga sering memikirkan bahawa tiada lelaki yang minat kepadanya memandangkan dia tidak pernah dikacau oleh mana-mana lelaki pun berbanding rakan-rakannya yang sering diusik oleh lelaki dijalanan dan dia juga sedar bahawa dirinya tidaklah secantik teman-temannya, namun jauh di sudut hatinya, Syakirah amat bersyukur kerana dia telah terhindar daripada situasi sebegitu baginya wanita yang baik bukannya untuk lelaki yang melepak dijalanan dan lelaki yang baik mempunyai cara yang berhikmah untuk melamarnya nanti, prinsip dan kata-kata itulah yang menenangkan hati Syafiqah supaya sentiasa bersabar dalam menanti detik terindah dalam hidup seorang wanita yang bakal bergelar isteri.

0 comments: