Welcome to my blog :)

rss

Thursday, July 23, 2009

Sabar itu indah...

menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak org-org yang mulia. mereka menghadapi kesulitan hidup dgn berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri.so..apa lagi yang boleh kita lakukan?
apakah yang boleh kita lakukan selain dari bersabar?
insyaAllah orang kata rezeki masing-masing kan?
so yakinlah dng ketentuannya..berusahalah untuk dapat yang terbaik tetapi jika kita tidak dapat apa yang kita idamkan itu bukan bermakna Allah x sayangkan kita, tapi Allah mahu kita berfikir,sejauh mana hubungan kita dengan Allah, sebanyak mana kita bertawakal kepadaNya...so sabarlah duhai hati-hati yang sedang merintih dengan pelbagai kesulitan..dan yakinlah dengan Qada' dan QadarNya.
bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah s.w.t. sabarlah meskipun anda menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. dan yakinlah sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan...dan sesungguhnya REDHA akan anugerah Allah akan menjadikan anda orang yang terkaya di dunia, insyaAllah..

Monday, July 20, 2009

YANG LALU, BIARLAH IA BERLALU

Tajuk ini cukup simbolik dan mungkin menjadi sumber inspirasi kepada setiap pembacanya, sebenarnya tajuk ini saya petik dari sebuah buku yang telah banyak memulihkan kembali semangat mereka yang dalam kesedihan dan mungkin dapat kita kongsi bersama ..Alhamdulillah, siapa yang tidak tahu mengenai buku yang bertajuk “LAA TAHZAN”.
Mengingati kehidupan kita masa lalu dan menghadirkannya kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih atas apa yang telah berlaku merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Hal ini samalah ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang kita untuk terus melangkah.
Bagi orang berfikir dan berakal, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali kecuali sekadar untuk dijadikan iktibar dan sempadan. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan terus mengganggu perjalanan hidup kita lagi. Ini kerana walaubagaimanapun , peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan…wallahua’lam

Sunday, July 19, 2009

KEBERANIAN ADALAH KEIMANAN YANG SEDANG BERAKSI…

Keberanian merupakan aset penting yang perlu ada pada diri setiap individu, tanpa keberanian sebenarnya kita telah mati dalam pertarungan di dunia ini, mana taknya, kalau kita tak de sifat berani macam mana kita nak maju, nak berjaya, ada ke orang yang pengecut boleh berjaya? Contohla jika seorang penulis takut untuk menulis hasil karyanya kerana bimbang akan dikritik pastinya tidak akan muncul buku-buku best seller sekarang ni, betul x? sebenarnya kita boleh jika kita yakin boleh, hanya dengan keberanian sahaja kita dapat mengatasi segala masalah yang timbul, percayalah, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Balad ayat 4: “sesungguhnya manusia itu dijadikan dalam keadaan bersusah payah”. Jadi berusahalah untuk berjaya, kerana setiap kesusahan pasti ada jalan keluarnya..insyaAllah…renunglah kata-kata ini “kebanyakan manusia yang yang gagal di dalam hidupnya, bukan kerana tidak mampu menghadapi dan mengatasi cabaran, tetapi kerana mereka takut dan lari daripada menghadapi cabaran”. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan..

Saatnya cinta itu berbunga..

FAHRI AL-HAFEEZ …..
Kisah ini saya sambung kembali setelah berbulan-bulan saya tidak mencoretkan sambungannya…bagi yang tak pernah baca lagi boleh ke post saya pada bulan 2..tq:)
Deraian cinta yang meresap di jiwa insan yang diikat oleh tali pertunangan memerlukan keteguhan hati dan iman yang mantap, bagi Fahri dan Syafiqah masing-masing mempunyai pegangan yang teguh bahawa pertunangan bukanlah jalan untuk bermadu kasih, tetapi hanya sekadar pengikat janji untuk lafaz akad yang bakal dimatrikan pada tarikh yang ditetapkan kelak.
Syafiqah yang kini sedang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku di ibu Negara selama lebih kurang 7 bulan dan menetap di Kota Damansara, manakala Fahri pula sebagai penceramah bebas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Fahri juga sedang menyiapkan hasil kajiannya dalam bidang dakwah dan perbandingan agama untuk dianugerahkan ijazah sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia setelah memperoleh ijazah sarjana muda di Universiti Al- Azhar, Mesir. Walaupun mereka tinggal dalam jarak yang agak dekat namun mereka tidak pernah berjumpa atau ber’datting’ bersama, malahan mereka juga tidak pernah bermesej kecuali ada perkara penting, bagi mereka bertunang bukanlah tiket untuk mereka melakukan sesuatu sesuka hati.
Syafiqah masih teringat sewaktu di zaman pengajiannya di universiti dahulu, sewaktu kawan-kawan sedang asyik bercinta dia pula sedang asyik dengan tugasan dan kegiatan ko-kurikulum yang disertainya. Kadang-kadang terdetik juga dihatinya untuk seperti kawan-kawannya, keluar dengan teman lelaki pada hujung minggu, makan bersama, bergayut ditengah malam di waktu rakan-rakan sebilik sedang nyenyak tidur. Namun semua itu berjaya ditepisnya demi sebuah cinta suci yang tidak akan disalut noda walau sedikitpun, dia juga sedar bahawa fitrah hatinya tidak sabar untuk merasai alam rumahtangga, tetapi demi sebuah cita-cita segalanya ditabahkan dan dipendamkan sahaja, sehingga dirinya dilamar oleh seorang lelaki yang diidam oleh setiap wanita, dialah Fahri al-Hafeez, wah.. indah sungguh namanya seindah orangnya juga, lelaki yang bertubuh sederhana, mirip Fahrin Ahmad pelakon terkenal masa kini. Namun paras rupa bukan menjadi ukuran kepada Syafiqah, baginya cukuplah jika bakal suaminya itu mencintainya dan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhaiNya. Sewaktu di alam pengajian dia juga bimbang jika dirinya tidak dapat merasai nikmatnya alam perkahwinan namun segala kerisauannya itu telah terubat dengan hadirnya Fahri dalam hidupnya, dia juga sering memikirkan bahawa tiada lelaki yang minat kepadanya memandangkan dia tidak pernah dikacau oleh mana-mana lelaki pun berbanding rakan-rakannya yang sering diusik oleh lelaki dijalanan dan dia juga sedar bahawa dirinya tidaklah secantik teman-temannya, namun jauh di sudut hatinya, Syakirah amat bersyukur kerana dia telah terhindar daripada situasi sebegitu baginya wanita yang baik bukannya untuk lelaki yang melepak dijalanan dan lelaki yang baik mempunyai cara yang berhikmah untuk melamarnya nanti, prinsip dan kata-kata itulah yang menenangkan hati Syafiqah supaya sentiasa bersabar dalam menanti detik terindah dalam hidup seorang wanita yang bakal bergelar isteri.