Welcome to my blog :)

rss

Monday, November 24, 2008

MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN

Malas??satu kalimah yang boleh menghancurkan dan memusnahkan harapan individu, namun sifat inilah yang seringkali bersarang dijiwa. mengapa dan kenapa?jawablah sendiri..saya pasti masing-masing punyai alasan,tapi sampai bilakah alasan boleh mendamaikan hati sedangkan amanah tidak dilaksana?ya.. persoalan ini wajar kita jawab dengan segunung semangat yang pastinya tidak akan luntur.. biasa kita dengar orang kata, "eh aku malas la nak buat kerja hari ni , nantila aku esok2 aku buat, kan esok masih ada??"erm..pastikah kita esok masih milik kita?nahh..jawablah kalau berani..maka jika kita belum pasti apakah benar kita masih bernyawa esoknya..alangkah baiknya jika kita melakukan yang terbaik pada hari ini...kerana malas dan alasan sampai bila tidak menyelesaikan masalah bahkan menambahkan masalah..okeyla nanti kita sambung ye..so jgn malas-malas tau..rajin tangga kejayaan!!!
"betapa banyak urusan yang berkesudahan dgn kegembiraan padahal permulaannya terasa begitu menyedihkan"

Saturday, November 22, 2008

carilah CINTA ILAHI sebelum cinta insani


ya memang fitrah manusia ingin dicinta dan menyintai..tapi alangkah indahnya cinta jika kita meletakkan semua cinta kita hanya untuk dan kerana Iahi...ini tdak bermakna kita boleh bercinta atau bercouple sebelum berkahwin tetapi kita meletakkan cinta kita hanya sebagai ibadah kepada ALLAH, bukan kerana nafsu atau kerana trend zaman sekarang..usahlah kita gusar memikirkan siapa jodoh kita, kerana ia telah tertulis di Luh Mahfuz tapi bimbanglah andai kita tidak berjaya mengecapi manis dan lazatnya Cinta kepada Allah..kerana itulah yang hakiki...

TERIMA KASIH SAHABAT..

alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu kerana Kau masih anugerahkanku kekuatan dan semangat walau banyaknya ujian menimpa, walaupun ketika sendirian tanpa teman, aku bersyukur ya Allah kerana nikmat hidup ini, dan aku mohon Kau kekalkanlah aku dengan keimanan biarpun aku sendiri tanpa teman(entahlah aku pun tidak mengerti)... tapi aku masih mencari sahabat yang memahami hatiku, mungkin telah kutemui tapi belum pasti mereka adalah teman di kala aku kesusahan...dan aku bersyukur kerana aku sempat dan mempunyai sahabat untuk meneruskan perjuangan ini, aku berharap agar ia kekal selamanya..aku sebenarnya tidak kisah jika teman-temanku tidak menghargaiku, tapi aku sedih jika aku tidak sempat menikmati indahnya hidup dengan sahabat sejati dunia dan akhirat, mungkin silapku juga kerana aku tidak terlebih dahulu menghargai mereka, aku juga kecewa jika aku tidak sempat membahagiakan mereka sepanjang usia pertemuan kami...tapi aku akan cuba sedaya upayaku untuk menghulurkan bantuan semampu yang boleh..dan aku tidak ingin menagih balasan pun dari mereka..ya Allah rahmatilah hidupku dan jua sahabatku..aku menyayangi mereka dan sangat menghargai mereka..tapi aku tidak ingin menyusahkan mereka...terima kasih sahabatku..kuharap kita bisa mengecapi keindahan hidup bersama lagi di akhirat sana..maafkanku andai pernah menghiris hatimu sahabatku..aku bahagia punyai teman seperti kalian...

Monday, November 17, 2008

ADAKAH KITA JUGA BEGINI?insyaALLAH

surat ini saya baca dari blog kawan, dan rasa tertarik untuk di kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian..

Surat Calon Isteri


Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merangkai rahasiaku ini....


Ketahuilah wahai mujahidku, Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apalagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justru diri ini amat bersyukur karena masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempuh siksaan Allah. Ya Tuhan Kau lindungi kami...


Biar bertahun lama, yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah. Apalah artinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...


Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuat diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahid ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan abah mereka.


Berikanku sepenuhnya sebagian hati yang kau sediakan untuk diriku, agar sebagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad. Mungkin kau heran suamiku, mengapa diri ini hanya maukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik Rabbul jalil, dan ku mohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku. Dari awal lagi sudah kudidik hati ini, bahwa dirimu, suamiku, bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku... kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.


Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, karna yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...


Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhaNya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari Rafi'ul A'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerna hilang arti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah karna gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...


Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya... biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud...



Source: http://amalypoetry.blogspot.com/

Alga oh diatom!!!

setelah beberapa bulan lalu aku mula menjalankan projek tahun akhir ni, terasa diri ini begitu sibuk kerana banyak tugasan perlu disiapkan dengan tepat dan cepat,huhu, walaupun sempat juga mencuri tulang @ buat sambil lewa dan kadang-kadang rasa malas dan jemu bersarang di kalbu..tapi aku tidak harus bersikap demikian kerana aku sebenarnya masih belum berjuang..aku yakin ada hikmah disebalik aturan Allah ini..walaupun begitu berat hati ini untuk meneruskan perjuangan..tambahan pula di waktu cuti semester ini. tapi sebenarnya aku yakin bahawa aku boleh lakukan...ya Allah bantulah aku untuk menyiapkan tesisku ini dan moga dipermudahkan segala urusanku...dan aku harap aku mampu pecahkan sesuatu rekod baik dalam kajianku ini..amin..dan aku tahu betapa nikmatnya dan manisnya kejayaan selepas menempuh kelat pahit perjuangan..yeeaah aku BOLEH...bak kata dr Tuah...jadilah orang yang sentiasa luar biasa hebat...okey..bermotivasilah kerana ia diibaratkan seperti mengayuh perahu, jika kita berhenti mengayuh pasti kita tidak akan sampai ke destinasi yang diimpi.begitulah dengan semangat motivasi..ia tidak perlu luntur walau sedetik..chaiyok!!juga buat sahabatku semua selamat berjuang..i luv u all..ingatlah bahawa menuntut ilmu bermula dari buian hingga ke liang lahad..tiada sebab untuk kita mengalah!!!

SYUKURI NIKMATNYA:)

Motivasi...satu kalimah keramat yang boleh mencetuskan semangat yang luar biasa terutamanya ketika kita derita dan hampir berputus asa, sebenarnya tiada perkataan putus asa dalam diari hidup orang yang yakin dan beriman kepada Allah, ini kerana jika kita berputus asa maka kita telah memusnahkan cita-cita kita, contohnya dalam proses kita menuntut ilmu, sifat sentiasa bermotivasi adalah menjadi aset penting untuk menuju ke mercu kejayaaan, tanpa semangat kita mungkin telah tewas sebelum kita betul-betul berjuang.
Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah: 269 yang bermaksud " Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang ia kehendaki dan sesiapa yang dikurniakan dengan kebaikan yang banyak, dan tidaklah mendapat pengajaran
( dan peringatan ) melainkan orang-orang yang menggunakan fikirannya."
Justeru itu, kejarlah kejayaan dan burulah cita-cita kita kerana rahmat Allah s.w.t begitu luas dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Janganlah kita sentiasa mempersoalkan kenapa begitu? kenapa tak jadi begini?kenapa begini? kenapa tak jadi begitu? kenapa dan kenapa??sebenarnya kita yang sepatutnya mensyukuri apa yang kita dapat bukan kita mempersoalkan apa yang Allah s.w.t berikan kepada kita. sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 286.so???apa lagi go on la..