Welcome to my blog :)

rss

Sunday, October 17, 2010

Realitikan imiginasimu@STORMREADERS


First sekali bersyukur kepada ALLAH kerana masih lagi meminjamkan nyawa kepada saya hingga ke saat ini..alhamdulillah.semoga dengan nikmat ini dapatlah saya berbakti kepada agamaNya biarpun hanya sekejap cuma, moga dengan nikmat ini memberi ruang untuk bertaubat atas segala kesilapan lalu..kalau dulu saya tercari-cari apakah bisness yang paling sesuai dengan saya..tapi kini alhamdulillah telah kutemuinya, terima kasih STORMREADERS. memang tidak dinafikan bahawa bukannya mudah untuk berjaya, ia memerlukan sebuah pengorbanan, keazaman yang kuat tanpanya kita pasti tidak akan berjaya.Okey mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya menyertai STORMREADERS??jawapannya tunggu lah dulu ye..yang penting sekarang saya nak jadi sebahagian yang menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat bukan sekadar mencari keuntungan, insyaAllah..ohh ya kawan-kawan jemputlah window ke estore saya http://www.stormreaders.net/sutera_ilmu..seandainya kawan-kawan berminat terus call saya di talian 013-6298564, saya sedia membantu anda untuk sama-sama kita mengejar kejayaan.

singkapkan misi dan visi STORMREADERS

Visi
Membangunkan ummah dengan menjadi peneraju perniagaan bersyariatkan Islam yang unggul di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia.


Misi

* Mewujudkan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara ‘online’ dan ‘networking’yang menepati garis panduan syari’ah dan undang-undang.
* Mewujudkan kesedaran pembudayaan ilmu bermula dari diri, keluarga dan masyarakat
* Menyediakan peluang perniagaan yang islamik sebagai alternatif yang jauh dari unsur syubahat dan haram.
* Menyediakan ruang dan peluang untuk turut serta dalam mengajak kepada kebaikkan melalui mekanisma ilmu.
* Menyediakan peluang menjana dan memperoleh pendapatan tambahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
* Membantu mengembangkan produk-produk bumiputera yang berpotensi untuk dipasarkan.

Saturday, October 16, 2010

jom kenali apa itu STORMREADERS:)

kalau kawan-kawan ingin tahu STORMREADERS adalah sebuah perniagaan MLM yang 100% menurut syariah dengan produk utama - buku-buku ilmiah dan himpunan doa & zikir oleh ikon-ikon Telaga Biru Sdn Bhd termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Irfan Khairi, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi. kini STORMREADERS telah melangkah lebih jauh lagi dengan memasarkan pelbagai jenis buku dari penerbit yang pelbagai antaranya termasuklah PTS, Galeri Ilmu, Ana Muslim dan banyak lagi. maka tidak hairanlah jika suatu masa nanti Stormreaders menjadi satu platform yang mudah bagi mendapat pelbagai bahan ilmiah dari seluruh pelusuk dunia..insyaAllah, bersama kita ralisasikannya.
seperti kata seorang jutawan terkenal Irfan Khairi "Banyak MLM di pasaran rata-ratanya dimiliki oleh orang BUKAN ISLAM, tetapi kebanyakan ahli yang menyertainya dan bertungkus lumus adalah terdiri dari kita yang beragama ISLAM. Segelintir mereka tidak mengambil kira atau mementingkan soal berhubung kesahihan urusniaga yang dijalankan sedangkan aspek hukum hukum hakam, halal haram ini amat penting dalam pencarian rezeki/harta"

Wednesday, December 2, 2009

BETAPA NILAINYA HARGA MASA

Ermm…bercakap soal masa mmg kdg2 terkena atas diri sendiri..masa oh masa..walau sedetik aku perlukan mu namun jika aku tidak pantas mengejarmu aku bisa kecewa jua…huhu…ehh ape yang saya nak ceritakan di sini? Xde apa just nk ingatkan diri saya dan sahabat semua agar mementingkan setiap masa yang hadir dalam hidup kita..okey..saya nak bg contoh yang realistik sikit..baca baik2 ye..contohnye la katakan kita dalam keadaan yg tergesa-gesa mengejar keretaapi tapi bila kita sampai je..aduh kita hya sempat mendengar bunyi nya..huh..betapa kecewa kita di saat itu, ibarat segalanya sia2 saje..pernahkan sahabat2 mengalami peristiwa ini??saya just nak buat perumpamaan je..ape yg penting kita kena yakin ape yg terjadi pasti ade hikmahnye..tp jika kita pernah menghadapi saat cemas ketinggalan keretapi ini, hanya sabar, redha dan pasrah sahaja yang mampu menemani hati kita yang kecewa..so pengajarn yang blh dibuat adlh kita mesti merancang masa dgn btl agar peristiwa ini tidak berulang..tidak perlu untuk kita salahkan sesiapa pun..kalau dah memang itulah takdir utk kita..terimalah..sebenarnya ini juga dapat menyedarkan kita tentang perjalanan hidup kita di dunia ini..contohnya lagi saya bagi..jika kita selalu melengahkan masa utk beribadah..asyik tanggh je nk buat amal..tiba2 tanpa diduga nyawa kita telah sampai ke penghujungnya..saat itu tak sempat lagi utk kita bergegas utk melakukan ibadh kerana nyawa kita hampir saja meningglkn jasad ini..saat itu..tidak ada gunanya segala taubat kita..so dikesempatan masa yang masih bersisa ini..sama2 lah kita berlumba2 mengejar masa setiap detik masa yang Allah kurniakan kpd kita dan dpt dimanfaatkn sepenuhnya moga kita tidak terlepas sepertimana terlepasnya keretaapi yang kita kejar..dan seandainya blh diibaratkan keretaapi itu sbg platform utk kita ke syurga..aduh betapa kecewanya kita..huhu..so hargailah sisa hidup ini dgn sebaiknya….waalahua’lam..moga syurga yang kita damba bisa kita rasai nikmatnya…

Friday, October 30, 2009

aku mencari...

sebuah pencarian..
ya..aku mencari sesuatu yg belum ku temui.
namun terbit jua sekelumit kebimbangan
apakah aku bisa menemui sesuatu yg aku cari..
sempatkah aku menemuinya...
sebelum sisa hidupku ini berakhir??

insyaAllah..
akanku buktikan pencarianku bukan sia-sia
pencarianku bermatlamat dan bermisi
biarpun aku di lembah kerisauan
namun aku pasti segalanya akan lancar
jika aku fikirkan aku boleh...
yes i can...

apa yang ku cari???

Saturday, October 10, 2009

sebuah cerita



salam sume...dah lama aku x mencoretkan bingkisan hatiku di blog ini..bukan ape xsempat n malas nk menaip..hrmm..hari ni dah hmpir 2 bulan aku bergelar graduan..alhmdulillah..bg aku status itu bukanlah segalanya..dan ianya bukanlah terlalu bermakna...tp ia juga ada makna kerna dari situlah kita kenal erti sebuah kehidupan, kenal erti sebuah persahabatan serta kesetiaan dan kenal erti sebuah kejayaan yang hakiki..apalh erti jika hanya dgn segulung ijazah??jika kita tidak aplikasikannya??
biarkan yang lepas berlalu pergi, dan aku harap agar aku berpeluang lagi utk menyambung pengajianku ke tahap seterusnya,mg dapat aku menebus segala ketidakpuashatiku,,..aku hari ini..bukan aku kelmarin, aku hari ini..aku yang lebih berani, lebih bermatlamat, dan yang paling penting adalah smga aku lebih bertaqwa kepadaMu ya Allah,apalah erti hidup ini tanpa taqwa padaMu..bantulah aku meraih cintaMu ya ALLAH..aku hari ini aku yang telah bangkit dari sebuah lena..ok la ye...xlarat nk menaip..huhu
ade satu lagi aku nak bgth..aku dah dpt dua org cucu sdara..hehe..blm kawin dah ade cucu..best betul..comel plk tu..nanti alia n aqief msti x sabar nk tggu kawan baru kan...hehe..sbrnye..

Thursday, July 23, 2009

Sabar itu indah...

menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak org-org yang mulia. mereka menghadapi kesulitan hidup dgn berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri.so..apa lagi yang boleh kita lakukan?
apakah yang boleh kita lakukan selain dari bersabar?
insyaAllah orang kata rezeki masing-masing kan?
so yakinlah dng ketentuannya..berusahalah untuk dapat yang terbaik tetapi jika kita tidak dapat apa yang kita idamkan itu bukan bermakna Allah x sayangkan kita, tapi Allah mahu kita berfikir,sejauh mana hubungan kita dengan Allah, sebanyak mana kita bertawakal kepadaNya...so sabarlah duhai hati-hati yang sedang merintih dengan pelbagai kesulitan..dan yakinlah dengan Qada' dan QadarNya.
bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah s.w.t. sabarlah meskipun anda menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. dan yakinlah sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan...dan sesungguhnya REDHA akan anugerah Allah akan menjadikan anda orang yang terkaya di dunia, insyaAllah..