Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, March 11, 2009

Denai Persahabatan

Sahabat…
di sini aku coretkan
sebuah kata-kata yang terbungkam di jiwaku..
sesekali air mata tercurah jua ke pipi
biarpun sedayaku membendungnya
Entah kenapa hatiku sayu
mengenangkan nilai persahabatan kita…
hatiku tertanya-tanya siapakah sahabat sejatiku..
yang sanggup bersusah senang bersamaku
mengharungi denai-denai penuh berliku…

Teman..
aku ingin berbudi padamu
biarpun ku tahu sukar jua bagiku
tapi tidak ingin aku biarkan
denai-denai yang kau lalui diharungi sendirian
biarlah kita sama-sama berlumur lumpur,
berbasah hujan,
asal kita tahu matlamat hidup ini
asal tidak kita mati tertimbus lumpur
terbeku dek hujan..

Sahabat..
Ayuhlah kita berjalan seiringan
menuju ke sebuah mercu kejayaan
biarpun jauh ataupun penat
tapi semangat kita tetap membara
bagai api yang menyala
membakar sampah-sampah kemalasan di hati
memadam parut-parut luka yang pernah tercalar
menjadi baja-baja yang bakal menyubur kembali
sebuah jalinan suci ini…

Teman…
biarpun jika hadirku sekejap cuma
tapi aku ingin seperti sang rama-rama
hidupnya cuma seketika
tetapi ia mampu mewarnai taman
dengan warna-warni ketenangan dan keindahan..
aku tidak ingin sekadar melukut di tepi gantang
aku tidak mahu menjadi seperti pipit
yang sekadar singgah ke dahan hanya untuk berteduh..

Sahabat..
maafkan aku…
tegurlah andaiku tersilap langkah..
bimbinglah aku menuju ke jalanNya

0 comments: