Welcome to my blog :)

rss

Saturday, March 28, 2009

cita-cita, hati dan realiti

inilah realiti
bkn lagi fantasi mimpi...
hadapilah ia dgn sedar..
biarpun getir ataupun sukar..
yakinlah setiap kesusahn pastinya ada kemudahan
masa tidak menunggu kita...yakinlah..
jgn bersedih lagi...
jgn mengeluh...
jgn bertangguh lagi

Thursday, March 26, 2009

aku perlukan motivasi...............

berbicara psl motivasi..
tidak sume org mmpu memotivasikan org...
aku..kawan...mahupun sesiapa saje
bagiku kawan yg terbaik
adalah yg sentiasa memberi motivasi kepada kawannya..
bukannya menjatuhkan semangat.........
arghhhhhhh..go!!
biarlah tiada siapa yg sggp memberi motivasi kepadaku
tapi aku akn cuba memotivasikan diriku....
biarpun terseksa aku sendirian..
biarpun sayap semangatku hampir patah
tapi aku tetap akn cuba balutkan ia..
hingga mampu terbang kembali..
moga sampai ke destinasi impianku...
menangis hati tidak berguna..
meratap jiwa tidak berhasil...
tapi bangkitlah...
berjuang...
biarpun hari semakin ke penghujungnya........

Tuesday, March 24, 2009

Kerja bertimbun...dosa jgn melambung tau...


tinggal 2 minggu lg untuk aku siapkn sume krja termasuklah projek tesisku..aduh..rs mcm dh x sempat nk bernafas..aku sgt risau..tp dalam kerisauan msh lg tersemat rindu kt kg hlmnn ayah bonda tercinta...namun aku perlu berjuang disini..biarpun banyak sgt kerja..tp aku xpernah terseksa dgn krja2 ni...aku yakin aku boleh...aku harap aku dapat buat yg terbaik...ok la..cuma nak pesan satu kat diri n kwn2 sume biar kerja bertimbun tp jgn dosa pula yg melambung...antaranya yg senang sekali dpt dosa..kita merugut, mengeluh..kenapa?knp byk sgt krje..knp aku xleh nk relax mcm org lain?haa..itu pun dh kira berdosa tau..kn Allah dah kata Dia xkn bebankan kita, jika kita xmmpu buat, yakinlah setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya..so skrg ni kita mmg mmpu..cuma malas, rajin, tabah, give up yang membezakn kita...so..renungkanlah............FIKIRKAN BOLEHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Wednesday, March 18, 2009

Hidup pasti ada akhirnya..tp perjuangan tiada akhirnya

hari hari aku melangkah
menuju ke satu destinasi yang belum ku pasti..
hari-hari aku berjalan
mencari sebuah sinar harapan..
namun kini belumku temui sebuah jawapan dalam penantian
mungkin telah hadir bunga-bunga indah dalam hidupku
tapi aku cuma mampu mencium baunya
aku masih belum mampu untuk mencapainya...
aku harap bunga-bunga indah itu
mampu ku gapai sebelum ia layu dan mati
aku harap aku bisa istiqamah dalam menyirami
bunga-bunga itu dengan air kesabaran dan baja ketabahan
amin...

Sunday, March 15, 2009

Jauhi bicara aib orang..wasiat al- Banna

Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," kata Hasan al-Banna.
Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.
Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Wednesday, March 11, 2009

Denai Persahabatan

Sahabat…
di sini aku coretkan
sebuah kata-kata yang terbungkam di jiwaku..
sesekali air mata tercurah jua ke pipi
biarpun sedayaku membendungnya
Entah kenapa hatiku sayu
mengenangkan nilai persahabatan kita…
hatiku tertanya-tanya siapakah sahabat sejatiku..
yang sanggup bersusah senang bersamaku
mengharungi denai-denai penuh berliku…

Teman..
aku ingin berbudi padamu
biarpun ku tahu sukar jua bagiku
tapi tidak ingin aku biarkan
denai-denai yang kau lalui diharungi sendirian
biarlah kita sama-sama berlumur lumpur,
berbasah hujan,
asal kita tahu matlamat hidup ini
asal tidak kita mati tertimbus lumpur
terbeku dek hujan..

Sahabat..
Ayuhlah kita berjalan seiringan
menuju ke sebuah mercu kejayaan
biarpun jauh ataupun penat
tapi semangat kita tetap membara
bagai api yang menyala
membakar sampah-sampah kemalasan di hati
memadam parut-parut luka yang pernah tercalar
menjadi baja-baja yang bakal menyubur kembali
sebuah jalinan suci ini…

Teman…
biarpun jika hadirku sekejap cuma
tapi aku ingin seperti sang rama-rama
hidupnya cuma seketika
tetapi ia mampu mewarnai taman
dengan warna-warni ketenangan dan keindahan..
aku tidak ingin sekadar melukut di tepi gantang
aku tidak mahu menjadi seperti pipit
yang sekadar singgah ke dahan hanya untuk berteduh..

Sahabat..
maafkan aku…
tegurlah andaiku tersilap langkah..
bimbinglah aku menuju ke jalanNya

Ku pilih jalanMu..ku mohon dipertemu insan yg merinduiMu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Tuesday, March 10, 2009

Tegurlah aku andaiku tersilap..

aku perlukan teguran kalian..
aku ingin betulkan diri ini
agar bisa aku gapai kerlipan bintang di sana nanti..
ku damba ampunanMu ya rabb..