Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, January 13, 2009

bicara hatiku...

dinginnya malam ini,
terasa inginku terbaring di katil,
tetapi bilaku memikirkan sesuatu,
hajatku itu ku singkirkan sementara,
kerna ku tahu kesusahan hari ini menjanjikan
kesenangan untuk hari esk...

sesekali ku terfikir juga
kenapa aku berada di sini
kenapa aku lahir ke dunia ini
ya..kenapa dan kenapa?
tiba-tiba hatiku terdetik menjawab
kerana kau punya potensi
kau mampu berjaya
aku bertanya lagi
mampukah aku menjadi seperti insan lain?
seperti insan yang telah berjaya mengegarkan dunia ini
dengan sebuah kejayaan yg hebat
inginku menjadi seperti khadijah isteri rasulullah s.a.w
tapi siapalah aku..
aku insan biasa..
dosaku menggunung tinggi..ya Allah..
taubatku jarangku tepati
aku leka..aku alpa
argghh..
tetapi tiba-tiba hati kecilku berkata lagi
biarpun engkau tidak seperti Khadijah
tapi jadikan dirimu muslimah sejati..mujahidah dalam berjuang
aku bertanya lagi
layakkah dosaku diampun
aduhh..hatiku bagaikan rasa ingin menangis
mengenangkan kesilapanku
hatiku menjawab lagi..Allah Maha Pengampun..ya lega rasanya
dosaku padaMu ya ALLAH
dosa pada ibubapa kerana aku tidak dapat hadiahkan kejayaan cemerlang buatmu
tapi masihku punya waktu untukku hadiahkan buatmu duhai bonda duhai ayahanda
dosa pada sahabat2
dosa pada semua org
tiba-tiba aku mendengar lagi bicara hatiku
jika umurmu tidak lama..bagaimana?
ohh..aku..aku..aku xtahu untuk menjawabnya
ampunkan dosaku YA ALLAH...
maafkanku duhai bonda duhai ayahanda
maafkan ku duhai sahabat
andaiku terlanjur perkataan
andaimu terguris hati ku pohon ampun dan maaf...

tiba-tiba aku bertanya lagi...
aku nak jadi apa bila dah grade nnti?
erm aku pun x tahu..
tapi hati kecilku berbicara lagi
mungkin ku akan menjadi seorg penulis terkenal
erm layakkah aku?
atau akan meneruskan lagi pengajian?
mungkin juga...tapi xtahu la
mungkin dan mungkin...atau menamatkan zaman single?
erm..tapi bersediakah aku?
insya Allah...
aku menghrpkan insan yg soleh sebagai teman hidupku
agar dpt membimbingku ke syurgaMu...

yahhh...hatiku merugut lagi
aduh penat aku menaip..tapi hatiku tetap ingin berbicara...
tiba-tiba soal persahabatan pula yang bermain di fikiranku
mengapa dan kenapa?
aku ni gagal menjadi sahabat yg terbaik
erm..mungkin salah diriku
tidak tegas...
ahhhhhhhhhhhh..
mencari sahabat memang susah...
aku selalu dampakan seorg sahabat yg bisa memahami diriku
tapi aku pun xmemahami dirimu...
aku pun gagal manambat hatimu..bagaimana?
mungkinkah aku sekadar melukut ditepi gantang?
tapi hatiku tiba-tiba sahaj menjawab..mungkin tidak
dirimu bukan melukut ditepi gntg..tapi dirimu sgt dihargai
ya ka?aku dihargai?bahagianya..terima kasih sahabat
tapi bagaimana dengan kawan?
aduh...kenapa sukar nya kalimah maaf keluar dari bibirmu?
kenapa?
berat sgtkah kalimah itu..
kenapa yg tidak bersalah dipersalahkan?
ermm..biarlah..moga engkau bahagia..
aku malas nak layan..

soal hati pula...
siapakah yg bertahta dihatimu?
entah lah..
ingin sekali ku hindari perasaan itu..tapi
sukar bagiku..kenapa la..
aku tidak ingin mendamba bintang dilangit
sedangkan aku hanya pepasir di pantai
aku hanya pipit di kampung
engkau merak di kayangan..
hanya padaMu Ya Allah aku berserah
soal jodoh pertemuan itu adalah ketentuanMu
aku redha seadaanya...moga diriku bertemu insan yg ku tunggu
aminnnnnnnnnn..ya Allah kuatkan aku menempuh hidup ini

1 comments:

kupu-kupu berbicara... said...

salam mardhatillah...

kemanisan itu terasa manis kerana pahitnya sebuah pengorbanan..
kesukaran dan kejerihan sebuah pengorbanan dan kepahitan akan luput apabila manisnya sebuah kejayaan dikecapi..
justeru..tabahkan hatimu..
hayunkan langkahmu..
biarpun lenggok langkahmu kadang2 ketinggalan berbanding insan lain yang dah ke hadapan..namun usah gentar..teruskanlah melangkah tanpa henti..kerana di situlah tersiratnya hikmah yang dah Allah sediakan untukmu...