ilmu dicari buat bekalan
budi disemai penghias diri
apakah erti hidup berbulan
andai sehari tidak dihargai
hari ditunggu belum muncul
bulan yang dinanti belum tiba
hajat yang diimpi belum tertunai
kerana aku masih mendaki
ke sebuah mercu yang ku nanti
kerana aku masih menunggu
untuk ke destinasi citaku
tunggu bukan sebarang tunggu
tunggu dengan setegar usaha
nanti bukan sebarang nanti
nanti dengan sekuat semangat
nanti dengan penuh pengharapan...
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment