Welcome to my blog :)

rss

Friday, January 30, 2009

ANTOLOGI CINTA

Cinta …

Kalimah keramat bergetar di jiwa,

Menjadi sumber inspirasi di sanubari,

Pencetus semangat membawa bahagia,

Hadirmu memberi seribu erti,

Buat diriku yang mencari….

Cinta …

Sesungguhnya jiwaku kosong tanpamu,

Hati sunyi jika aku kehilanganmu,

Ketahuilah aku cari bukan cinta dusta,

Aku cari cinta yang maharnya iman,

Aku bimbang akan sirna cita-citaku dek kelam cinta dusta,

Ku dambakan kasihMu ya Rabb,

Ku menyanyangimu duhai ayah dan ibuku,

Ku mengasihimu wahai teman-temanku,

Dan aku jua menantikan hadirmu duhai bakal imamku,

Kerna ku ingin membina mahligai cinta bersamamu

Untuk menuju jalan Ilahi…

Cinta…

Aku sedar kernamu jua aku mungkin derita,

Andaiku gagal mewarnai cintaku dengan keimanan,

Ya Rabb…

Aku ingin cinta sejati yang bertaut taqwa dihati…

Cinta…

Mengertilah yang ku cari bukan biasanmu,

Tapi aku damba manisnya mengecapimu,

Kerna kau ibarat pelengkap hidupku…

Ohh..cinta,

Hadirmu bak purnama di malam hari,

Datangmu bagaikan pelangi dititip hujan,

Kau menerangi hidupku,

Dan kau membawa sinar harapan buatku,

Kau jua yang mewarnai kehidupanku buat selamanya,

Ku mohon agar kau tetap bertahkta dihatiku,

Dan terus subur menyirami kamar hatiku…

Friday, January 16, 2009

Kenapa ia boleh terjadi???

hari ini 16 januari 2009.semua warga um di gempakkan dengan kepala babi yg diletakkan di surau API. erm..pelbagai perasaan yg timbul dalam diri saya marah, geram, benggang dan terfikir sesuatu.kenapa mereka sanggup menghina kita sebegitu? apa motif mereka?aduh..tapi kita kena fikir juga apa petandanya sehingga mereka sanggup berbuat demikian..ini petanda UMAT Islam semakin lemah..kita tidak mahu perkara ini berulang lagi kat mana2 sekalipun. bangkitlah kita semua demi menjaga maruah dan kesucian Islam.jgn biarkan mereka laknatullah senang2 mencabar dan menghina kita..kita sebenarnya kuat dan mulia.sepatutnya semua pihak mestilah matang berfikir jgn ikut nafsu..perkara sebegini jgn buat main2..semoga kita mengambil iktibar daripada kejadian hitam itu..apakah ini krn bahang prk?huh dahsyt krn prk kejadian seumpama ini blh berlaku..dahsyat2, um oh um..
tu citer pasal kat ai kat kolej plk lain pulak citernye..gate di tutup krn takut org dtg berkempen..ni pun dahsyat juga..ishh,pengecut betul la..di mana demokrasi di mana keadilan, di mana????kdg2 rs best jg coz setiap kali balik kelas msti ada org sambut kat gate,hehe..tapi nak marah byk la..menyusahkan betul la, org nk keluar g lab pun susah.aduh...kolej oh kolej..ini petanda awal kekalahan penggerak mahasiswa...insya ALLAH...moga kemenangan di pihak yg benar..WE LOVE UM..WE UNITE FOR UM

Wednesday, January 14, 2009

persoalan JODOH??

coretan ini saya petik dari laman web " i luv Islam" saya agak tertarik dgn kupsan ini...jom kita hayati bersama..

Jodoh..satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.

Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.

Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.

Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.
Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan kumakbulkan.”

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.

Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

Tuesday, January 13, 2009

bicara hatiku...

dinginnya malam ini,
terasa inginku terbaring di katil,
tetapi bilaku memikirkan sesuatu,
hajatku itu ku singkirkan sementara,
kerna ku tahu kesusahan hari ini menjanjikan
kesenangan untuk hari esk...

sesekali ku terfikir juga
kenapa aku berada di sini
kenapa aku lahir ke dunia ini
ya..kenapa dan kenapa?
tiba-tiba hatiku terdetik menjawab
kerana kau punya potensi
kau mampu berjaya
aku bertanya lagi
mampukah aku menjadi seperti insan lain?
seperti insan yang telah berjaya mengegarkan dunia ini
dengan sebuah kejayaan yg hebat
inginku menjadi seperti khadijah isteri rasulullah s.a.w
tapi siapalah aku..
aku insan biasa..
dosaku menggunung tinggi..ya Allah..
taubatku jarangku tepati
aku leka..aku alpa
argghh..
tetapi tiba-tiba hati kecilku berkata lagi
biarpun engkau tidak seperti Khadijah
tapi jadikan dirimu muslimah sejati..mujahidah dalam berjuang
aku bertanya lagi
layakkah dosaku diampun
aduhh..hatiku bagaikan rasa ingin menangis
mengenangkan kesilapanku
hatiku menjawab lagi..Allah Maha Pengampun..ya lega rasanya
dosaku padaMu ya ALLAH
dosa pada ibubapa kerana aku tidak dapat hadiahkan kejayaan cemerlang buatmu
tapi masihku punya waktu untukku hadiahkan buatmu duhai bonda duhai ayahanda
dosa pada sahabat2
dosa pada semua org
tiba-tiba aku mendengar lagi bicara hatiku
jika umurmu tidak lama..bagaimana?
ohh..aku..aku..aku xtahu untuk menjawabnya
ampunkan dosaku YA ALLAH...
maafkanku duhai bonda duhai ayahanda
maafkan ku duhai sahabat
andaiku terlanjur perkataan
andaimu terguris hati ku pohon ampun dan maaf...

tiba-tiba aku bertanya lagi...
aku nak jadi apa bila dah grade nnti?
erm aku pun x tahu..
tapi hati kecilku berbicara lagi
mungkin ku akan menjadi seorg penulis terkenal
erm layakkah aku?
atau akan meneruskan lagi pengajian?
mungkin juga...tapi xtahu la
mungkin dan mungkin...atau menamatkan zaman single?
erm..tapi bersediakah aku?
insya Allah...
aku menghrpkan insan yg soleh sebagai teman hidupku
agar dpt membimbingku ke syurgaMu...

yahhh...hatiku merugut lagi
aduh penat aku menaip..tapi hatiku tetap ingin berbicara...
tiba-tiba soal persahabatan pula yang bermain di fikiranku
mengapa dan kenapa?
aku ni gagal menjadi sahabat yg terbaik
erm..mungkin salah diriku
tidak tegas...
ahhhhhhhhhhhh..
mencari sahabat memang susah...
aku selalu dampakan seorg sahabat yg bisa memahami diriku
tapi aku pun xmemahami dirimu...
aku pun gagal manambat hatimu..bagaimana?
mungkinkah aku sekadar melukut ditepi gantang?
tapi hatiku tiba-tiba sahaj menjawab..mungkin tidak
dirimu bukan melukut ditepi gntg..tapi dirimu sgt dihargai
ya ka?aku dihargai?bahagianya..terima kasih sahabat
tapi bagaimana dengan kawan?
aduh...kenapa sukar nya kalimah maaf keluar dari bibirmu?
kenapa?
berat sgtkah kalimah itu..
kenapa yg tidak bersalah dipersalahkan?
ermm..biarlah..moga engkau bahagia..
aku malas nak layan..

soal hati pula...
siapakah yg bertahta dihatimu?
entah lah..
ingin sekali ku hindari perasaan itu..tapi
sukar bagiku..kenapa la..
aku tidak ingin mendamba bintang dilangit
sedangkan aku hanya pepasir di pantai
aku hanya pipit di kampung
engkau merak di kayangan..
hanya padaMu Ya Allah aku berserah
soal jodoh pertemuan itu adalah ketentuanMu
aku redha seadaanya...moga diriku bertemu insan yg ku tunggu
aminnnnnnnnnn..ya Allah kuatkan aku menempuh hidup ini

Sunday, January 11, 2009

palestin oh palestin...



ayuh kawan kita boikot barangan israel laknatullah....bangkitlah kita dari lena, moga palestin akan aman kembali!!!!SELAMATKAN PALESTIN!!!
kita mesti bersyukur kerana keamanan negara kita...ayuh kita sedar!
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa" spacer

Friday, January 9, 2009

Kenali Diri...selami hati


siapa kita??itulah persoalan yg ingin saya kupas..ada yg jawab"manusia la".."orang la" mcm2 la jawapnnya..manusia or orang sama ke?mestila lain..of course, klu nk jadi org senang je xyah bt ape2 pun dh jd,tp klu nak jadi manusia ni kita kena la control jiwa dan nafsu kita agar tidak tersasar..payah sgt ke nk jadi manusia..eh..xlah mana ade pyh..klu ikut cara dan jln yg betul, i'Allah kita akn temui destinasi kehidupn yg hakiki..saya nk bg cnth la..xnak la berpuitis sgt..hehe.ok la, conthnya dlm kehidupn kita la.ada org 2 dia ikut je ape yg org lain bt, xde prinsip langsung,ikut je org..klu org silap turut je, xde la nk tegur ke nk bg nsht ke, ikut je...klu org2 nk bljr, dia pn sibuk la bljr jg, klu org g demo dia ikut, pendek kata sume dia ikut, tapi dlm dirinya tiada pun p'gisian, kosong jer jiwa, klu org grade dia pun grade juga, tp ape pun xde dlm diri dia, nk krje mcm xblh bt je xyakin pun ada, maklum la ms bljr sume ikut org,klu xnk g kls mnta tlg kwn tndatgn, tp xtye pun ape yg dr. ajar..klu org g demo dia pn g, tp dlm diri xde pun jiwa dan roh atau semangat dlm dirinya..xsalah g demo, bahkn bagus sgt coz kita sensitif tntg ape yg b'laku, malangnya rohnya hilang hya dirinya yg hadir, ada jg yg tgk kwn b'couple, dia pun sibuk jg nk ade partner, tp mslhnya p'kara yg di ikut2 x betul,pelik ke klu skrg kita xde partner?pelik ke?salah ke?ade ke couple sblm kahwin dlm Islam?ade ke?prnh ke korang dgr ulama' ckp kna couple dlu br kahwin?kn dlm al-quran sendiri dh jelas bgth jgn menghampiri zina?xtakut ke neraka Allah?ade2 yg sggp bg cinta sepenuh hatinya..hinggakn segalanya hya untk si dia, pas2 bila dh frust mmg menunggeng giler..ape xnye hatinye dh bg sumenya untk si dia..huhu, mana ade hati lg untuk sape2..bahkan yg paling menyedihkn dia telah jauh dari Allah( nauzubillah), apelah sgt jika kita xdpt cnta dari manusia jika dibandingkn dgn Allah.cintakn manusia hanya krn Allah..mg kita dipertemukn dgn psgn yg sesuai dan mampu membimbing kita ke jalan Allah, andai xsempat kita bertemu insn itu di dunia biarlh kita dpt menemuinya di akhirat sana di syurga.. amin, erm renungknlah, saya x tuju pada sapa2 pun, mungkin sbg ingtn untuk diri saya juga,klu di analogikn ibarat sepohon rmbutn jantn, org b'daun dia pun b'daun, org b'bunga dia pun b'bunga dia pn b'bunga, tp bila org b'buah dia tdk b'buah( ni ibrt kata je) sesungguhnya setiap ciptaan Allah msti ada sebabnya...tp jgn la jadi mcm rmbutn jntn..tu rmbutan xpela kita ni manusia..fahami kehendak diri, jgn jadi pak turut..pandulah diri mengikut landasan al-quran n hadis...majukan diri ayuh berubah ke arah yg lebih baik..
Ya Allah ampunilah segala dosa hambuMu ini...aku lemah aku hina..bntulah aku menuju jalanMu...kuatkanlah jiwaku menempuh hidup ini..ingt kwn2 jgn suka tipu org nnti org xsuka kita..Allah maha mengetahui segalanya.....dunia hanya sebuah persinggahan sementara sahaja..