Wednesday, June 10, 2009
seindah kenangan menggamit mimpi
orang kata kenangan lalu mesti dijadikan pengalaman..ya betul tu,kenangan atau pengalaman yang telah kita lalui sepanjang tempoh hidup kita di dunia ini wajar dijadikan satu platform untuk kita meneruskan medan perjuangan kita hingga ke puncaknya, seandainya kegagalan pernah kita alami, itu bukanlah pematah semangat juang kita, kerana mungkin dengan kegagalan semalam menjadikan kita semakin kuat untuk kita terus berdiri dan terus bangun seandainya kita pernah jatuh tersungkur..ingat x dulu masa kita mula-mula belajar berjalan? berapa kali kita jatuh? tidak terkira bukan? ya tapi kita sanggup bangun kembali dan bersemangat untuk terus melangkah hingga kita di tahap ini sekarang, tapi kenapa sekarang jika kita jatuh atau gagal kita hanya pandai mengeluh atau mahu berputus asa?? owh sungguh lemahnya kita seandainya kita masih di tahap yang malas untuk bangkit kembali..kejayaan memang xkan datang dengan senang, pelangi xkan muncul andai tidak ada hujan panas..pelangi juga tidak hadir diwaktu pagi..jadi berusalah dalam meniti pelangi petang yang penuh keceriaan
ku harap diriku bisa...
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
dipetik dari laman i luv islam.com
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
dipetik dari laman i luv islam.com
Subscribe to:
Posts (Atom)